Categories
SELANGOR

MB: Masjid Selangor perlu nilai estetika seni tamadun Islam

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 12 JUN: Masjid seluruh Selangor disaran menekankan ciri estetika kesenian tamadun Islam merangkumi pelbagai komponen untuk meningkatkan kemaslahatan ummah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia merangkumi seni bina dan pengisian majlis ilmu termasuk pendidikan pra-sekolah, kegiatan ekonomi, galakan kesihatan dan program belia.

“Masjid perlu diimarahkan dengan majlis ilmu kerana kita tidak mahu ia pegun indah dengan kemudahan yang cukup canggih, tetapi pengisian jauh daripada apa yang disasarkan untuk mencapai prinsip Allah SWT.

mb yayasan selangor“Kita mahu masjid dibina atas asas takwa kepada Allah SWT,” katanya pada Majlis Perasmian Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid serta Penyerahan Bantuan Moreh Masjid dan Surau Selangor di Masjid Negeri, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, masjid juga perlu menjadi pusat transformasi umat Islam dari aspek tarbiah, pendidikan, ekonomi dan ketamadunan.

Katanya, graduan yang dilahirkan dari institusi masjid juga perlu menjadi umat yang cemerlang dengan berpegang kepada prinsip dan nilai Islam.

“Selangor menjalani proses perbandaran yang sangat pesat apabila semakin ramai umat Islam berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

“Justeru, masjid menjadi salah satu komponen daripada aspek kehidupan bandar,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.