Categories
SELANGOR

MB: Sungai Klang berubah wajah, Cheonggyecheon Seoul jadi inspirasi

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 9 JUN: Kejayaan Korea Selatan memulihkan Sungai Cheonggyecheon di Seoul diadaptasi Kerajaan Selangor dalam usaha memberi nafas baru kepada Sungai Klang.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata semua pihak berkuasa tempat (PBT) terlibat memainkan peranan bagi kerja pembersihan dan naik taraf sungai itu.

“Selangor bertekad memulakan usaha seperti ini di Sungai Klang dan beberapa daerah di Selangor.

7515586262_3c289283c6_b“Untuk permulaan, semua PBT yang direntasi Sungai Klang diminta menyumbang untuk kerja pembersihan dan naik taraf itu.

“Rezab yang banyak bukan untuk disimpan sebaliknya diterjemah dalam projek pembangunan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Pada awalnya, Sungai Cheonggyecheon di bandar lama Seoul tercemar teruk kesan penempatan setinggan dan aktiviti pembuangan sampah.

Sungai sepanjang 8.5 kilometer itu berubah wajah apabila Kerajaan Korea Selatan berazam memulihkannya melalui Projek Urban Renewal, pada 2003.

Apabila dibuka pada 2005, ia berjaya menggamit penduduk metropolitan Seoul untuk bersantai serta menjadi tumpuan pelancong.

markshort mb4“Kejayaan Korea disebabkan penglibatan langsung anggota perkhidmatan awam dengan pemerintah yang berkongsi misi dan visi yang sama untuk melihat sungai sebagai sumber ekonomi juga pelancongan.

“Pimpinan kerajaan, pegawai dan penjawat awam negeri perlu mengambil contoh kejayaan ini bukan sahaja dalam konteks kecanggihan teknologi dan inovasi, sebaliknya etika kerja yang bersungguh,” katanya.

Sebelum ini, delegasi Selangor yang di ketuai Mohamed Azmin melawat ke Osaka, Jepun dan Seoul, Korea bagi menarik pelaburan sektor industri farmaseutikal, sains hayat dan teknologi hijau selain mempromosikan kawasan perindustrian di Selangor.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.