Categories
SELANGOR

PBT perlu tingkat peranan atasi kencing tikus

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 JUN: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor diminta mempertingkatkan peranan dalam memerangi kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus di negeri itu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia memerlukan pemantauan secara berterusan walaupun kes itu masih dalam keadaan terkawal.

“Di Selangor, ia masih terkawal. Ada satu hingga dua kes yang berlaku dan tidak dijangka. Jadi, ia memerlukan pemantauan dan tindakan secara berterusan.

pc dr daroyah 2“Tikus ada bila keadaan kotor dan sampah banyak. Jadi, kita minta PBT perangi isu sampah dengan berkesan serta memasang lebih banyak perangkap tikus,” katanya kepada Selangor Kini.

Daroyah turut menasihati orang ramai supaya menjaga kebersihan di persekitaran kediaman, taman dan restoran.

Sebelum ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil inisiatif melaksanakan kempen ‘Mr Rat’ bagi membendung penularan kes kencing tikus di negeri itu.

logo PBTDatuk Bandar PJ, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata kempen pembasmian tikus liar dilakukan pihaknya bagi memastikan gejala itu dapat dikawal.

“Kes kencing tikus dilapor makin meningkat dan orang ramai bimbang penyakit itu merebak ke Petaling Jaya, apatah lagi ia boleh mengancam nyawa seseorang
.

Setakat Mei lalu, 382 kes dilaporkan di daerah Petaling dan 121 kes daripadanya dilaporkan dalam kawasan MBPJ.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.