Categories
NASIONAL

‘Perwira Ubah’, Pak Samad sah bersama DAP

SHAH ALAM, 13 JUN: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang mesra di sapa Pak Samad sah menjadi ahli DAP selepas kemasukannya dalam diumum penasihat parti itu, Lim Kit Siang, hari ini.

Kit Siang turut menggelar Pak Samad sebagai ‘Perwira Ubah’ dan menyerahkan kad keahlian kepada penulis sajak Tetamu Senja itu.

A.SAMADSAID_141113_TMIAFIF_002_360_240_100Sementara itu, Pak Samad berkata, beliau sudah lama menyimpan hasrat menyertai DAP tetapi tidak pernah dizahirkan.

Katanya, sebagai penulis yang sudah lama berkecimpung dalam bidang kesusasteraan, tidak ada makna jika karyanya langsung tidak mendekati rakyat.

Pak Samad berkata, memang ada orang yang kurang bersetuju dengan tindakan beliau menyertai DAP.

“Mereka menganggap tindakan ini akan mencederakan imej Sasterawan Negara, tetapi bagi saya tidak menjadi masalah kerana setiap tindakan pasti ada pro dan kontranya,” katanya yang dipetik Malaysia Kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.