Categories
SELANGOR

Puasa tak halang exco sukan ‘angkat raket’

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 JUN: Berpuasa tidak menghalang Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari mengangkat raket dan bermain badminton.

Aksinya menyertai pertunjukan permainan badminton sebagai simbolik perasmian Piala Yonex FKK Antarabangsa 2015 mencuri tumpuan hadirin dan peserta.

Beliau bergandingan bersama lagenda badminton negara, Ong Ewe Hock melawan beregu gandingan Foo Kok Keong dan Pengurus Besar Kelab Shah Alam, Salim Razi.

Kejohanan badminton Foo Kok Keong (15)“Tidak penat sangat. Pada usia remaja, saya banyak lakukan aktiviti fizikal termasuk berbasikal dua kilometer setiap hari ke sekolah dan menolong ayah di kebun sewaktu puasa.

“Saya rasa tiada halangan untuk kita bersukan ketika Ramadan asalkan tahu kemampuan diri. Selebihnya, kita lakukan yang terbaik,” katanya.

Beliau ditemui sejurus tamat gimik perlawanan yang menyaksikan gandingannya bersama Ewe Hock tewas kepada Kok Keong dan Salim, di sini, semalam.

“Kita bertuah mempunyai Exco Sukan yang memahami sukan dan memang ‘sportsman’. Gelanggang ini bukan asing baginya,” puji Salim.

Kejohanan badminton Foo Kok Keong (17)Pertandingan yang dikenali sebagai Piala Kok Keong sejak 2012 itu menyaksikan penyertaan pasukan luar negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Australia.

Pasukan dari Malaysia iaitu Kelab Shah Alam Selangor (KSAS) menjuarai piala pada tahun 2012, namun dirampas pasukan Indonesia, Musica untuk dua tahun berturut-turut, 2013 dan 2014.

“Kita lihat pemain Indonesia mempamerkan kemahiran yang mantap dan berkeupayaan mengekalkan kejuaraan, namun Malaysia pun boleh. Kita tunggu hingga Ahad ini,” kata Amirudin mengulas peluang pasukan Malaysia untuk tahun ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.