Categories
NASIONAL

Rafizi: MARA Inc guna syarikat berlapis beli hartanah di Australia

Oleh:AFIX REDZUAN

SUNGAI BESI, 29 JUN: National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendedahkan butiran pembelian dua hartanah di Australia oleh anak syarikat Majlis Amanah Raya (MARA), MARA Inc yang menggunakan ‘syarikat berlapis’ dan syarikat pesisir luar pantai.

Pengarahnya, Rafizi Ramli, berkata, MARA Inc menubuhkan satu syarikat milik penuh di luar pesisir pantai yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) bagi dua hartanah, 746 Swanston Street dan Dudley International House.

Sementara itu, MARA Inc menggunakan tiga lapisan syarikat yang didaftarkan di negara berbeza iaitu Malaysia (Labuan), Singapura dan Australia untuk memiliki dua hartanah lain iaitu 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street, .

IMG_9304“Bagi 333 Exhibition Street, hartanah ini dipegang melalui Powerwell Holdings Limited (didaftarkan di Labuan), seterusnya dimiliki Carlton Garden Pte Ltd (Singapura) dan akhirnya Peters Equity Pty Ltd.

“Bagi 51 Queen Street pula, ia dipegang melalui Vortex Holdings Limited (didaftarkan di Labuan), seterusnya dimiliki Marinn Property Pte Ltd (Singapura) dan akhirnya Queville Pty Ltd.

“BVI bermakna segala maklumat kewangan dan operasi milik syarikat itu dilindungi sepenuhnya oleh kerahsiaan dan tidak termasuk dalam carian umum.,” katanya pada sidang media, hari ini.

Rafizi berkata, tindakan menggunakan syarikat berbeza bukan sahaja menimbulkan syak wasangka, bahkan menelan belanja pengurusan dan pentadbiran yang merugikan MARA.

mara logoBeliau turut mempersoalkan mengapa syarikat BVI, Labuan dan Singapura digunakan untuk membeli hartanah itu kerana MARA Inc pemilik sebenar.

“Tan Sri Annuar Musa sendiri melawat hartanah ini sambil diiringi Datuk Lan Allani dan diberikan maklumat sejak 2014.

“Mengapa beliau tidak mengarahkan siasatan lebih awal sejak 2014 lagi dan bukannya selepas didedahkan akhbar Australia kerana sudah sedia maklum lebih awal,” katanya.

Sebelum ini, Akhbar Australia The Age mendedahkan berkenaan pembelian The Dudley oleh MARA dan mendakwa ‘sogokan’ untuk pegawai MARA dibuat melalui sebuah syarikat Singapura.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.