Categories
NASIONAL

RM14 bilion pendapatan MAS dimakan toyol?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad (PAS) mempersoalkan kehilangan pendapatan Sistem penerbangan Malaysia (MAS) selepas ditolak gaji pekerja yang dianggarkan bernilai RM14 bilion.

Idris berkata, jumlah penumpang syarikat penerbangan kerajaan itu meningkat setiap tahun, sekali gus memperlihatkan penambahan jumlah pendapatannya.

“Jumlah penumpang pada 2012, 17.2 juta membabitkan pendapatan RM13.8 bilion.

idris ahmad pic mza1“Pada 2013 pula meningkat 28.5 juta dengan pendapatan RM15.1 bilion tetapi menurut laporan, gaji pekerja hanya RM60 juta sebulan sahaja Ini bererti tak sampai RM1 bilion setahun untuk penggajian.

“Persoalannya, mana pergi RM14 bilion lagi? Toyol makan atau manusia makan,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, kegagalan pengurusan MAS mengurus kewangan dengan berkesan akhirnya memangsakan kira-kira 6,000 pekerja yang bakal kehilangan pekerjaan.

Idris turut mempertikaikan kerugian dialami MAS hingga memaksa syarikat itu membuang pekerja tetapi vendornya mengambil kira-kira 5,000 pekerja asing yang baru.

Idris turut mencadangkan salah seorang daripada pasangan suami isteri yang bekerja di MAS dibenarkan meneruskan perkhidmatan dalam syarikat terbabit.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.