Categories
SELANGOR

Selangor rangka program cegah buang bayi

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 JUN: Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) untuk berganding bahu dalam menangani isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia bagi memudahkan Kerajaan Negeri merangka program berbentuk pencegahan kepada remaja masa kini.

“Kita mengalukan NGO bekerjasama dalam isu ini supaya dapat memberikan pendidikan, kesedaran dan ilmu bagi mereka memantapkan diri serta iman supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral ini.

Penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal oleh YB Daroyah di masjid Negeri (7)“Dalam masa terdekat ini, kita akan bekerjasama dengan Persatuan Salimah untuk merangka beberapa program. Kita juga akan mengenal pasti remaja bermasalah untuk dibawa ke beberapa rumah perlindungan di negeri ini untuk membantu mereka,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga belum merancang menyediakan peti pelindungan bayi atau ‘baby hatch’.

“Kita tidak mahu masyarakat menganggap penyediaan itu menggalakkan gejala ini berlaku. Jadi, buat masa ini kita tumpukan program pencegahan.

“Isu ini lebih kepada pencegahan bukan sudah berlaku baru tindakan diambil, jadi kita akan usahakan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.