Categories
NASIONAL

Siar secara langsung prosiding siasatan CEO 1MDB

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Prosiding siasatan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijalankan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu disiarkan secara langsung.

Lim Lip Eng (DAP-Segambut) berkata, ia selaras dengan kenyataan adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak yang menyifatkannya sebagai krisis nasional.

1mdb“Siaran langsung melalui televisyen atau sekurang-kurangnya ‘livestream’ melalui internet boleh dilakukan dengan memohon kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menangguhkan Aturan 85 daripada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Aturan itu tidak membenarkan sebarang keterangan dan dokumen yang dikemukakan kepada mana-mana Jawatankuasa didedahkan sebelum laporan Jawatankuasa dikemukakan kepada Dewan Rakyat,” katanya di Lobi Parlimen.

limlipengLip Eng yang mengusulkan cadangan itu kepada Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed percaya Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan bersetuju dengan cadangan itu selaras dengan aspirasi beliau untuk melakukan penambahbaikan Parlimen.

“Anggota PAC yang terdiri daripada parti kerajaan dan pembangkang akan menyokong cadangan ini jika mereka yakin tiada apa yang perlu disembunyikan dalam kemelut 1MDB,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.