Categories
NASIONAL

Tunda pemilihan Umno, strategi Najib elak disingkir

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 JUN: Keputusan menangguhkan pemilihan Umno adalah strategi Presidennya, Datuk Seri Najib Razak mengelak daripada dicabar dalam pemilihan parti itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata hal itu berikutan imej Najib yang semakin merudum di mata ahli Umno sendiri akibat serangan pelbagai penjuru ekoran kontroversi dan skandal membabitkan beliau.

Mahfuz close baju petak 01“Ini adalah strategi Najib untuk adakanserentak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), selain mengelakkan beliau disingkir.

“Dalam keadaan moral Umno yang begitu buruk, dibimbangi berlaku pergeseran besar dan beliau sendiri dicabar yang mungkin tersingkir. Ia menunjukkan ke arah itu,” katanya ketika dihubungi Selagor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ramai ahli Umno menyedari Najib semakin menjadi liabiliti yang mampu menggelapkan masa depan parti itu sendiri.

Pada 26 Jun lalu, Najib mengumumkan pemilihan Umno yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan bagi memberi peluang pemimpin parti itu fokus untuk berkhidmat kepada rakyat dan mengukuhkan parti.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dalam satu kenyataan tahun lalu berharap pemilihan itu tidak ditangguhkan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.