Categories
SELANGOR

583 terima sumbangan Aidilfitri Sultan Sharafuddin

Oleh: HAFIZAN TAIB

BERANANG, 9 JUL: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 583 penerima bagi daerah Hulu Langat di Masjid Kampung Sesapan Batu, di sini, semalam.

Sumbangan diserahkan baginda berjumlah hampir RM300,000 iaitu RM142,500 hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 285 asnaf fakir dan miskin, manakala RM119,400 dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk 150 asnaf muallaf dan 148 anak yatim.

masjid beranangIa diadakan sempena majlis berbuka puasa Sultan Selangor bersama rakyat dan sumbangan Aidilfitri di masjid berkenaan.

Baginda turut berkenan merasmikan masjid selain menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih bersama jemaah di kampung berkenaan.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Khusrin Munawi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim dan Exco Kerajaan Negeri.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.