Categories
SELANGOR

Coklat Cocoa IQ Nurena bina otak cerdas

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 JUL: Kebanjiran makanan ringan tidak berkhasiat di pasaran membuahkan ilham kepada Aznurrena Che Wan menghasilkan coklat minda Cocoa IQ jenama Nurena berasaskan makanan sunnah.

Produk berkualiti itu nyata mendapat sambutan baik apabila diperkenalkan di pasaran kira-kira lima bulan lalu.

Dalam masa singkat, coklat keluaran syarikat Nurena IQ Cocoa mencuri tumpuan dan permintaan terus meningkat termasuk bilangan pelanggan.

aznurrena (2)Aznurrena, 31, selaku Pengasas Nurena IQ Cocoa berbangga dengan pencapaian itu dan sekali gus memberi semangat untuknya berusaha lebih gigih dalam bidang berkenaan.

“Produk ini mendapat sambutan baik dalam kalangan orang ramai terutama di sekolah. Ia dipasarkan di 18 sekolah rendah dan menengah sekitar Shah Alam dan USJ.

“Pelajar menyukainya kerana rasa coklat yang sedap dan sihat selain disokong dengan harga patut serendah RM1.20 dan RM1.50,” kata anak muda lulusan Diploma Kewartawanan Integratif dari universiti tempatan itu.

Beliau berkata, kejayaan itu juga membuka ruang bagi produk keluaran syarikatnya untuk mendapat tempahan dan dijual di lot kedai kesihatan di sebuah pasaraya pukal terkenal di Shah Alam.

Katanya, syarikatnya dalam proses mengadakan premis bagi mendapatkan pengesahan sijil halal, Proses Pembuatan Islam (IMP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)selain meluaskan pasaran di pasaraya besar.

IQnurena06“Coklat minda Cocoa IQ Nurena adalah makanan sunnah mengandungi ekstrak kurma, kismis, buah tin, delima, za’faran, minyak habatusauda, minyak zaitun, madu dan kurma nabi (ajwa) yang dicincang serta dilimpahi kacang badam kisar.

“Ia dihasilkan bagi mengatasi masalah lambakan makanan ringan tidak berkhasiat di pasaran yang banyak memberi kesan tidak baik kepada kesihatan dan otak kanak-kanak,” katanya.

Nurena IQ Cocoa berpengkalan di Shah Alam meletakkan 5K sebagai prinsip dalam perniagaan iaitu kejujuran, kebijaksanaan, keberanian, keyakinan dan keikhlasan.

IQnurena02Aznurrena berkata, kejujuran penting dalam penghasilan produk di samping kebijaksanaan iaitu usahawan perlu menjadi pemikir di luar kebiasaan bagi menghadapi cabaran dalam perniagaan.

“Usahawan juga perlu memiliki keberanian untuk bertindak dan keyakinan supaya produk dihasilkan dengan ilmu pengetahuan luas.

“Antara faktor penting dalam menjalankan perniagaan adalah keikhlasan supaya beroleh kejayaan,” katanya.

Katanya, syarikat merancang mengeluarkan pakej bungkusan baharu bagi golongan dewasa serta pelbagai produk lain.

Syarikat itu juga mengalu-alukan penyertaan mereka yang berminat menjadi pengedar dengan menghubungi e-mel [email protected] selain facebook dan instagram coklat minda nurena atau talian 010-7915901.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.