Categories
SELANGOR

Empat daerah terima RM150,000 bangun program belia

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 JUL: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM150 ribu setiap daerah bagi penubuhan Program Inkubator Usahawan Belia Ehsan Selangor dengan kerjasama Kolej Antarabangsa INPENS.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Ahmad Yunus Hairi, berkata program itu akan dijalankan di empat daerah dengan setiap daerah diperuntukan RM150 ribu.

Yunus-Hairi“Tumpuan utama adalah untuk menjadi pusat latihan kepada pelajar lepasan INPENS memulakan kerjaya sebagai usahawan dari kemahiran yang dipelajari.

“Antara pengkhususan bidang yang ditawarkan seperti permotoran, elektrik, jahitan, kecantikan membabitkan rawatan muka juga kesihatan,” katanya sewaktu dihubungi Selangor Kini.

Yunus berkata, jangkaan program itu bakal dilaksanakan pada Oktober atau selewat-lewatnya Disember ini.

“Kini, masih dalam proses pemilihan pelajar, tenaga pengajar dan mengenal pasti kawasan sesuai untuk program itu.

“Kita berharap dapat mendidik belia menjadi seorang usahawan yang berjaya, berdikari dan berintegriti melalui program itu,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.