Categories
SELANGOR

Exco: Catuan air bukan pilihan, tingkat sumber bekalan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BANGI 7 JUL : Catuan bukan pilihan bagi menyelesaikan isu gangguan air di beberapa kawasan, sebaliknya Kerajaan Negeri giat menjalankan usaha meningkatkan bekalan air di negeri itu.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Mohd Zaidy Abdul Talib, berkata antara langkah diambil termasuk memperolehi bekalan air daripada Projek Mitigasi 2 yang dijangka siap pada September nanti.

pam air bangi 1Katanya usaha juga digiatkan untuk mendapatkan bekalan daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi, Negeri Sembilan.

“Sekarang dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),” kata Zaidy dalam sidang media selepas melawat Terminal Takungan Bangi di sini.

Zaidy berkata Syarikat Air Negeri Sembilan bakal membina paip sepanjang tujuh kilometer dan memasukkan air ke Selangor yang membekalkan air sebanyak 60 JLH (juta liter sehari) atau kepada 60,000 pengguna di Beranang.

“Kerja pembenihan awan dijalankan setiap hari dan Projek Hybrid offRiver Augmentation System (HORAS) turut membantu usaha mengekalkan bekalan air,” katanya.

Ketika menyentuh Terminal Takungan Bangi yang siap pada 2013, Mohd Zaidy berkata ketika ini sistem pam bernilai RM140 juta di terminal itu masih belum dapat digunakan disebabkan kekurangan air terawat untuk dipam ke kawasan Beranang.

Jelas beliau, dianggarkan hampir 60 JLH air diperlukan bagi membolehkan satu daripada dua pam yang ada beroperasi mengepam air ke kawasan Beranang.

“Ketika ini hanya 45 JLH disalurkan ke Beranang secara terus dengan menggunakan sistem graviti sekaligus menyebabkan air tidak sampai ke kawasan sasaran,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.