Categories
SELANGOR

Jadikan Masjid pusat penyatuan ummah

Oleh: AFIX REDZUAN

PUNCAK ALAM, 11 JUL: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masjid terus dijadikan pusat penyatuan dan tidak dijadikan medan berpolitik melalui ceramah-yang melanggar garis panduan ditetapkan.

Baginda Sultan yakin umat Melayu dan Islam dihormati dan diperkecilkan sekiranya terus bersatu padu mempertahankan bangsa dan agama Islam Al Sunnah Wal Jamaah.

masjid beranang 1“Beta mengingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga seluruh umat Islam di Selangor sentiasa berwaspada dan berusaha untuk mencegah perkembangan ajaran sesat.

“Ini kerana ia boleh memecah-belahkan umat Islam dan juga mencemarkan kesucian dan keagungan agama Islam,” titah Baginda ketika menyempurnakan perasmian Masjid Puncak Alam.

Sultan Sharafuddin turut mengingatkan umat Islam supaya bersama-sama menyampaikan maklumat bagi membenteras penyebaran ajaran sesat.

Baginda turut melahirkan rasa dukacita terhadap sikap segelintir orang Melayu Islam yang sanggup mempersoalkan hak dan keistimewaan Orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara serta Agama Islam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.