Categories
SELANGOR

PKNS rai 100 anak yatim

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 JUL: Seramai 100 anak yatim dari dua pertubuhan diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Hotel De Palma, petang semalam.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata ia bagi menyantuni insan kurang bernasib baik sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma.

PKNS“Program ini juga bertujuan merapatkan hubungan organisasi PKNS dengan masyarakat luar yang kurang berkemampuan.

“Menariknya kali ini sebanyak lapan persatuan dan kelab di PKNS turut menyumbang duit raya kepada anak yatim yang diraikan,” katanya.

Hadir sama, Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah, Ahli Pengurusan PKNS serta Pengerusi Persatuan dan Kelab perbadanan itu.

Selain itu, katanya PKNS turut memberi sumbangan sebanyak RM5,000 kepada wakil pertubuhan terbabit iaitu Institut Taufiq Islami serta Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang termasuk duit raya.

Katanya sepanjang Ramadan, PKNS juga mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi makanan berbuka puasa kepada penuntut asnaf Universiti Selangor (UNISEL) sepanjang Ramadan.

“PKNS turut menyumbang makanan asas kepada Islamic Relief Malaysia sebanyak RM7,184 untuk diagihkan kepada 5,000 asnaf fakir dan miskin di seluruh Malaysia.

“Kita juga mengedarkan 3,000 bungkus bubur lambuk di Kompleks PKNS Shah Alam, baru-baru ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.