Categories
SELANGOR

Sedia kemudahan lengkap, jangan hina wanita

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 JUL: Kementerian Kesihatan digesa memberi perhatian serius kepada isu kekurangan wad bersalin di hospital milik kerajaan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata kemudahan bersalin adalah satu keperluan asas kepada golongan wanita yang perlu disediakan dan diberi perhatian.

Katanya, ia juga mesti dilengkapi dengan pakar perbidanan, sakit puan serta pegawai dan petugas yang mencukupi.

pc dr daroyah 1“Kementerian mesti ambil maklum isu ini, jangan sampai ada yang bersalin atas lantai kerana hospital kekurangan katil.

“Jika perkara itu berlaku, memang ia seakan menghina golongan wanita yang berkorban untuk melahirkan zuriat,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Selangor Kini menerima aduan berkenaan pengalaman wanita bersalin di hospital kerajaan yang terpaksa menunggu lama untuk dimasukkan ke wad bersalin.

Mereka mendakwa terpaksa menunggu di kerusi yang disediakan sebelum dilayan dan dimasukkan ke wad, bahkan adakala menunggu sehingga dua malam.

Keadaan yang tidak selesa itu memberikan pengalaman pahit untuk wanita selain ada yang merasakan tidak mahu bersalin lagi ekoran kesusahan yang dialami itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.