Categories
SELANGOR

Selangor catat tambahan pelancong suku pertama 2015

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 JULAI: Kempen Tahun Melawat Selangor 2015 terus dipergiat bagi memastikan sasaran tujuh juta pelancong ke negeri itu bakal direalisasikan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata perkembangan sektor itu amat memberangsangkan pada suku pertama tahun ini.

“Setakat ini, kempen masih berjalan, bahkan mesyuarat stanco Jawatankuasa Tetap Pelancongan memaklumkan ada penambahan pelancong dari dalam dan luar negara sejak Januari hingga April lalu.

Tourism bersama Dato nazri dan YB Ng Suee Lim melawat sekitar Sekinchan (13)“Kita jangka, jumlah pelancong akan terus meningkat sehingga hujung tahun ini memandangkan pelbagai usaha dipergiatkan bersama Tourism Selangor,” katanya kepada Selangor Kini.

Elizabeth berkata, kebanyakan pelancong dari luar akan membanjiri Selangor mulai pertengahan tahun memandangkan ia adalah cuti musim panas.

Katanya, pelancong dari China antara yang paling ramai melawat Selangor dengan kehadiran lebih 5,700 orang, sejak awal Julai lalu.

“Banyak produk baru di Selangor yang diwujudkan untuk menarik lebih ramai pelancong, antaranya Mitsui Premium Outlet di Sepang, Central Plaza di Shah Alam dan Royal Klang Heritage Walk (Klang).

“Jadi, kita yakin sasaran itu boleh dicapai berdasarkan usaha semua pihak,” katanya.

Selangor menjangkakan seramai tujuh juta pelancong bakal mengunjungi negeri itu sempena Tahun Melawat Selangor 2015, selain mengatasi rekod tahun lalu yang mencatatkan 6.07 juta.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.