Categories
SELANGOR

Selesai, MoU muktamadkan penstrukturan industri air Lembah Klang

Oleh: HAFIZAN TAIB

PUTRAJAYA, 10 JUL: Kerajaan Negeri dan Persekutuan berjaya memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Lembah Klang melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kedua-dua pihak, di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan khasnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) di atas keputusan yang dicapai itu.

MB berjumpa Muhyiddin Yassin tandatangan perjanjian tambahan air di Putrajaya (5)“Kejayaan ini adalah hasil kerja kuat kedua-dua pihak diketuai menteri sendiri, Datuk Seri Maximus Ongkili.

“Memang benar dalam proses rundingan kita ada ‘consultation’ dan ‘negotiation’ dengan kedua-dua pihak mempertahankan pandangan masing-masing.

“Namun, kita berjaya melihat kerangka besar untuk memastikan industri ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani MoU itu.

Majlis MoU terbabit diketuai Ketua Setiusaha KeTTHA, Datuk Loo Took Gee dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Khusrin Munawi dengan disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamed Azmin, barisan pengarah kementerian dan Exco Kerajaan Negeri.

MB berjumpa Muhyiddin Yassin tandatangan perjanjian tambahan air di Putrajaya (13)Mohamed Azmin berkata, persefahaman yang dicapai itu adalah kejayaan bersejarah bagi kedua-dua pihak selepas berlangsung hampir 10 bulan.

Katanya, Kerajaan Negeri mempunyai tempoh 60 hari bagi perbincangan dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk memuktamadkan perjanjian fasilitis berdasarkan pelan perjanjian, pada 12 September 2014.

“Saya yakin dengan kerjasama baik, perkara ini dapat diselesaikan segera supaya aset Kerajaan Negeri dapat dipindahkan kepada PAAB dalam tempoh ditetapkan dan pembayaran dapat dibuat kepada ketiga-tiga syarikat berkenaan (Puncak Niaga Holding Berhad, Abbas dan Splash),” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.