Categories
SELANGOR

Sultan rasmi Masjid Puncak Alam

Oleh: AFIX REDZUAN

PUNCAK ALAM, 11 JUL: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Puncak Alam yang kemudiannya diwakafkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor.

Masjid terletak di kawasan perumahan Puncak Alam dibina di atas tanah seluas 10 ekar oleh Syarikat pemaju Puncak Alam Housing Sdn Bhd dengan kos RM30 juta.

selamatdatangPembinaan masjid ini dimulakan pada 1 Julai 2011 dan siap sepenuhnya pada 15 Jun 2014.

Ia dibuka secara rasmi bagi penggunaan umum pada 20 Jun 2014 dan turut digunakan untuk solat terawih pada Ramadan lepas.

Reka bentuk dan binaan kompleks masjid menampilkan ciri-ciri Mediterranean moden yang unik serta mempunyai kemudahan infrastruktur untuk orang kelainan upaya (OKU).

Ruang solat masjid itu mampu menempatkan sehingga 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa, tempat wuduk luas serta kemudahan tempat letak kereta dan motosikal.

Kompleks masjid turut dilengkapi dengan perpustakaan, dewan serbaguna, dewan masjid, bilik kuliah, khidmat katering dan bilik pengurusan jenazah.

Selain itu, Biro Bantuan Khidmat Masyarakat diwujudkan sebagai rujukan setempat bagi masyarakat mengenai pelbagai urusan.

PNHB juga terus mentadbir masjid dengan menanggung kos serta keperluan termasuk gaji dan kemudahan Imam bersama kakitangan masjid yang dilantik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.