Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Akhbar pro kerajaaan ‘gelapkan’ fakta

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) melalui laman sosial facebooknya mempersoalkan akhbar pro kerajaan yang cuba menggelapkan fakta dan insiden sebenar berkenaan himpunan itu.

Katanya, mengapa akhbar terbabit tidak melaporkan kehadiran Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang turun ke Dataran Merdeka, lewat petang semalam.

“Kami pun pelik juga, tak lapor Tun Mahathir turun Bersih 4.0 semalam,” tulis status itu.

IMG_20150830_105319Reaksi itu merujuk kepada dada akhbar Mingguan Malaysia hari ini yang menonjolkan Bersih 4.0 didominasi kaum Cina dengan mengaitkan DAP sebaliknya menggelapkan berita Tun Mahathir.

Semalam, peserta himpunan dikejutkan dengan kehadiran Tun Mahathir bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali ke Dataran Merdeka, kira-kira jam 7.20 malam.

Bagaimanapun, kehadiran Tun Mahathir disifatkan sebagai bercanggah dengan pendiriannya ketika memimpin negara yang beranggapan perhimpunan jalanan bukan jalan terbaik menegur kerajaan.

Aktivis Bersih 2.0, Hishamuddin Rais ketika beraksi di Pentas Bersih turut membangkitkan perkara itu.

“Hampa tau dak, Tun dulu masa berkuasa kata berdemo bukan caranya. Tapi malam tadi (semalam) dia mai dengan isteri, awat bercanggah,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.