Categories
SELANGOR

Naik basikal pantau denggi, tingkat kesihatan

Oleh: SYASYA SUFIAN

KLANG, 15 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menganjurkan jelajah basikalton sempena Kempen Pembangunan Kesihatan dan Kempen Terjah & Musnah AEDES bagi memberi kesedaran kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr. Daroyah Alwi, berkata Kerajaan Negeri memberi peruntukan kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menganjurkan sebarang Program Sihat Selangor dengan kreativiti tersendiri.

20150815_085454“Penganjuran program berbentuk berbasikal dilihat sebagai aktiviti kesihatan yang amat menggalakkan bagi semua peringkat umur kerana ia dapat mengurangkan risiko daripada pelbagai penyakit.

“Selain itu, program ini dapat mengeratkan silaturrahim yang kukuh antara pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan penduduk kampung kerana kita akan melalui dari satu kampung ke kampung lain.

“Setiap kampung akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran bagi membanteras pembiakan nyamuk Aedes,” katanya kepada Selangor Kini.

20150815_085026Daroyah berkata, berbasikal dapat memantau keadaan sekililing kawasan bersama pegawai untuk meneliti pelbagai kerosakan yang perlu diperbaiki dan menambahbaik.

“Antaranya seperti kerosakan jalan, longkang tersumbat, rumput yang perlu ditebas dan lampu jalan yang perlu dibaiki demi keselamatan penduduk kampung.

“Saya berharap mesyuarat akan datang, pejabat daerah dapat mengambil tindakan memaklumkan kepada agensi bertanggungjawab,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.