Categories
KENYATAAN MEDIA

Pencerahan isu RM7.65 bilion struktur air Selangor

Oleh: Zaidy Abdul Talib

RM7.65 bilion adalah jumlah liabiliti yang dipinjam oleh syarikat-syafikat konsesi air iaitu Syabas, Abass dan Puncak Niaga, Liabiliti itu dalam bentuk bon dan ianya digunakan untuk membangunkan aset-aset air syarikat konsesi.

Namun apabila kerajaan negeri Selangor telah mengambil alih syarikat-syarikat konsesi ini, bon-bon dan liabiliti berserta aset yang telah dibina menggunakan bon tersebut akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

projek air 4Air Selangor pula akan menyewa semula aset-aset ini dari PAAB untuk digunakan. Ini adalah sebagaimana yg digariskan dalam Water Services Industry Act (WSIA) yang dibuat dan digubal di Parlimen.

Maka oleh yang demikian, Kerajaan Selangor tidak perlu mengeluarkan duit untuk mengambil alih semula aset dan liabiliti syarikat-syarikat konsesi ini. Yang kita keluarkan modal adalah untuk mengambil alih equiti syarikat konsesi yang berjumlah RM2 bilion.

Caranya adalah kita pajakkan aset yang kita ada yang bernilai RM2 bilion kepada PAAB, dan seterusnya PAAB sendiri yang akan mengeluarkan RM2 bilion tersebut.

Maka dengan itu, kerajaan Selangor tidak perlu lagi mengeluarkan duit dari tabungan kerajaan tetapi dalam masa yang sama kita dapat mengambil alih semula industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kelak.

*Zaidy Abdul Talib adalah Exco Infrastruktur dan kemudahan awam,Pemodenan Pertanian danĀ Industri Asas Tani

Leave a Reply

Your email address will not be published.