Categories
SELANGOR

Selangor tunggu jemputan perasmian Hospital Shah Alam

Oleh: LIZAWATI MADFA

KLANG, 15 OGOS: Kerajaan Selangor sedia memenuhi undangan Kementerian Kesihatan bagi upacara perasmian pembukaan Hospital Shah Alam (HSA).

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata perbezaan politik tidak harus dijadikan halangan meraikan kerjasama demi kepentingan rakyat.

pc dr daroyah 2“Sebelum ini, kita terima alasan majlis penyerahan kunci itu tidak ada apa-apa, cuma serahan kunci sahaja tak perlu jemput Kerajaan Negeri.

“Jadi, kita tunggu untuk upacara perasmian nanti, sama ada dijemput atau tidak.

“Tetapi, kita harap sekurang-kurangnya Dato’ Menteri Besar dijemput kerana ia bukan jauh, terletak di Shah Alam sahaja,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau ditemui sejurus majlis Jamuan Hari Raya Pertubuhan Sinar Ehsan (PSE) di Sungai Kapar Indah, di sini, pada 13 Ogos lalu.

hospital shah alam gambaranJPGTerdahulu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melahirkan kekesalan apabila Kerajaan Selangor tidak diundang ketika upacara penyerahan kunci HSA daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Mansor, berkata majlis itu sekadar menyerahkan kunci dan undangan rasmi perasmian terserah kepada Kementerian Kesihatan pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Dengan kos RM549 juta, HSA di Seksyen 7, di sini akan dibuka bermula Oktober ini selepas tujuh tahun tertangguh.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.