Categories
SELANGOR

Tingkat taraf pendidikan melalui kemahiran

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 11 OGOS: Golongan belia yang tidak berpeluang meneruskan pengajian formal kini berpeluang meningkatkan taraf pendidikan dalam pelbagai bidang kemahiran.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan Pembangunan Desa & Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata peluang menerusi program Pembangunan Usahawan Desa dan Kampung itu mampu melahirkan masyarakat berdaya saing.

Katanya, kursus jangka pendek itu juga membolehkan peserta bertukar pandangan dan maklumat bagi melancarkan gerak kerja pada masa akan datang.

“Para peserta juga dipandu mereka yang pakar dalam bidang diiktiraf institut pengajian tinggi awam di Malaysia.

Kelas kemahiran“Program juga dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Antarabangsa INPENS di bawah Kerajaan Selangor yang terkenal dengan kursus kemahiran,” katanya dalam majlis perasmian program di Kolej INPENS di sini baru-baru ini.

Antara kursus disediakan ialah Motorsikal, Dandanan Rambut, Kecantikan, Jahitan dan Penyamanan Udara.

Untuk sesi 8 dan 9 Ogos lalu, seramai 57 peserta mengikuti kursus pelbagai bidang seperti menggunting rambut, asas penyelenggaraan penyaman udara domestik, jahitan langsir serta asas rawatan muka.

Kesemua kursus masih boleh diikuti pada 3 dan 4 Oktober serta 10 dan 11 Oktober 2015 nanti.

Selain Kolej Antarabangsa INPENS, kursus lain turut diadakan di Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU), Kampung Gesir Tengah, Kuala Kubu Bharu.

Antara kursus ditawarkan ialah penyediaan Nasi Arab, Roti Canai, Nasi Ayam Hainan, Aneka Mee dan Soto, Makanan Dingin Beku dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pejabat daerah berhampiran.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.