Categories
NASIONAL

Anwar: Hormati hak jumpa peguam

SHAH ALAM 10 SEP: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu hak bertemu peguamnya dihormati bagi memastikan kelancaran kes di mahkamah.

Anwar dalam satu kenyataan disampaikan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata beliau kesal dengan keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyekat perjumpaan peguam.

Anwar“Ini adalah pelanggaran hak saya mendapatkan nasihat guaman dan menghalang tugas dan tanggungjawab peguam saya.

“Tindakan ini menafikan saya daripada berbincang dan memberi arahan mengenai kes Mahkamah, yang mana saya terlibat dalam sejumlah 16 kes sivil dan jenayah,” kata Anwar semalam.

Kata Anwar, peguamnya N Surendran dan Dato’ Ambiga Sreneevasan tidak dibenarkan berjumpa dengannya walaupun mereka perlu mengambil arahan mengenai kes mahkamah yang berlangsung pada 15 September dan 5 Oktober.

“Sebelumnya, peguam dihalang berjumpa walaupun ada afidavit untuk diikrarkan pada kadar segera.

“Hormati undang-undang dan proses hahkamah dengan membenarkan peguam jalankan tugas dengan sempurna dan tanpa gangguan!” kata Anwar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.