Categories
NASIONAL

Bersatu tolak pemimpin korup

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 21 SEP: Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan agama harus bersatu menolak pemimpin yang merosakkan negara.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar, berkata negara bukan sahaja terdedah dengan masalah perkauman, ekonomi dan sosial, bahkan mampu mencetuskan huru hara jika pemimpin seperti itu kekal berkuasa.

xavier-jayakumar“Tak kira Cina, India, Melayu atau penduduk asal negara ini, suka atau tidak, Malaysia tanah air kita.

“Jangan biarkan kita diperalatkan demi melindungi pemimpin korup kerana hidup dan mati kita, di sini,” katanya.

Dr Xavier berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kota Raja di Dewan Serbaguna Taman Klang Jaya, di sini, semalam.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya tidak terus terpedaya dengan pemimpin tidak bertanggungjawab yang sering menggunakan alasan perkauman sempit.

“Kita turun ke jalan raya bawa agenda untuk membetulkan keadaan tetapi  tak boleh takutkan sesuatu kaum dan mengugut ,” katanya.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.