Categories
SELANGOR

Karnival Sihat gerak gaya hidup sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

BANGI, 12 SEP: Kerajaan Negeri menyemarakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat melalui Program Karnival Sihat Selangor 2015 dan Karnival Keselamatan Jalan raya bagi Daerah Hulu Langat dijayakan serentak hari ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Daroyah Alwi, berkata karnival itu membolehkan masyarakat mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma.

“Kita mengharapkan orang ramai mengambil kesempatan ini membawa ahli keluarga membuat pemeriksaan ditawarkan memandangkan keadaan jerebu semakin membimbangkan.

sihat 1“Selain itu, ia meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahayanya denggi apabila mencatatkan 99 kematian sehingga 5 September lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian di Program Sihat selangor yang diadakan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi anjuran bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Pejabat Daerah Hulu Langat dan Majlis Keselamatan Jalan Raya.

Turut hadir memeriahkan karnival itu Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.

Katanya, Karnival Keselamatan Jalan Raya dijayakan serentak bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat untuk mematuhi undang-undang jalan raya disamping hormat menghormati pengguna jalan raya.

“Terutama bagi keselamatan anak-anak sekolah sewaktu pergi dan pulang dari sekolah kerana diwaktu itu kurang pengawasan daripada ibu bapa yang berada di tempat kerja.

“Di karnival itu juga, kita mengambil kesempatan menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan pelajar akan kesan dan bahayanya penyalahgunaan dadah,” katanya.

Sementara itu, aktiviti lain yang dijalankan adalah ‘Kempen Berjalan 10 ribu Langkah Sehari’ dan aktiviti berbasikal sejauh 10 km mengelilingi tasik.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.