Categories
SELANGOR

Peserta Program Hijrah dapat harapan baru bina bisnes

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 13 SEP: Program Hijrah memberi sinar dan harapan baru kepada peniaga kecil Selangor.

Peniaga satay, Sabariah Ali, 55, berkata program pinjaman melalui skim ditawarkan Kerajaan Negeri itu juga mudah dan tidak membebankan.

“Sebelum ini ada juga buat pinjaman dengan pihak lain tetapi kadar bayaran semula itu agak leceh.

HIJRAH“Berbeza dengan hijrah yang tidak membebankan kami peniaga-peniaga kecil,” katanya yang lebih 15 tahun berniaga Satay D’ Kota.

Sementara itu, Khadijah Sukri, 52, pula mendapati program pinjaman Hijrah memberi peluang sama rata kepada semua golongan tanpa mengira peringkat usia.

“Ini yang kita mahu, bantuan ikhlas untuk membantu peniaga terus maju dan berdaya saing,” kata ibu kepada empat anak dari Kota Damansara ini.

Pada masa sama, Nor Hasmah Md Rawi, 35, berkata Hijrah banyak membantu peniaga kecil mengadakan modal pusingan.

“Saya bercadang untuk menambah pinjaman pada masa akan datang bagi mengembangkan perniagaan jahitan pakaian saya,” kata wanita dari Kuala Selangor ini.

Terdahulu, mereka antara ratusan yang hadir mendengar taklimat Hijrah di Auditorium Kolej Antarabangsa Inpens di sini pagi ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.