Categories
SELANGOR

Program ‘wow’ tarik minat golongan muda

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUNGAI BULOH, 11 SEP: Program menarik dan berbeza perlu diadakan dalam Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) bagi mencetuskan minat masyarakat untuk hadir memeriahkannya.

Hishamuddin Mohd Nor, 34, berkata program yang memiliki faktor pemikat atau ‘wow’ perlu bagi menghindarkan perspektif negatif masyarakat terhadap karnival anjuran kerajaan.

hishamuddin“Ia perlu diadakan dengan wujud sesuatu berbeza bagi menarik minat ramai terutama golongan muda dan belia ke majlis seperti ini.

“Menghimpunkan banyak jabatan dan agensi rasanya belum cukup untuk tujuan ini walaupun ia baik serta bermanfaat kepada semua,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagaimanapun, tidak kurang yang memuji langkah Kerajaan Negeri mengadakan 3K termasuk Husaini Roslin, 30.

Husaini, berkata pembabitan lebih banyak jabatan dan agensi Kerajaan Negeri penting ke arah menyalurkan lebih banyak informasi kepada masyarakat.

husaini“Kita perlukan pembabitan yang lebih supaya maklumat dapat disampaikan dengan lebih jelas serta dekat mendampingi masyarakat. Ia bagus kerana membawa banyak kebaikan selain menjimatkan kos kerana pihak berkuasa berhubung terus dengan pelanggan,” katanya.

Mohd Shah Sani, 61, pula berkata komunikasi Kerajaan Negeri dan masyarakat dapat diwujudkan secara berkesan melalui karnival berkenaan.

“Satu pendekatan baik diambil kerajaan dalam menganjurkannya. Masyarakat terutama penduduk setempat juga boleh mengeratkan silaturrahim dalam program ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.