Categories
SELANGOR

Sukses: Petaling, Klang terus cemerlang kuasai olahraga

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 14 SEP: Klang dan Petaling meneruskan saingan di gelanggang olahraga Sukan Selangor (Sukses) 2015 semalam dengan kedua-duanya mempamer aksi menarik untuk menang 13 pingat emas.

Dari 18 acara dipertandingkan, hanya Gombak serta Hulu Selangor memberi sedikit cabaran untuk meraih tiga dan dua emas namum Petaling nyata gah dengan tujuh emas mengatasi Klang (enam).

SUKSESSepertimana acara 100m lelaki, atlet pecut Klang, Muhamad Aqil Yasmin sekali lagi mengecewakan Muhammad Hazwan Ghalib (Petaling) dalam 200m lelaki untuk memenangi emas manakala Khairul Rafiuddin Zulkifli (Gombak) berpuas hati dengan gangsa.

200m wanita pula dikuasai Ku Aldya Auni Ku Mohd Anuar (Gombak) meninggalkan Hee Xia Oyi (Petaling) kedua dan Lim Jin Xuan (Klang) ketiga.

Petaling meraih tujuh emas melalui Ng Zi Qi (5,000m jalan kaki wanita), Mohamad Azli Ghazali (lompat tinggi lelaki), Amirul Hakim Johari (1,500m lelaki), S Vishnu (400m lari berpagar lelaki), Mohd Shahrin Azuan (lompat kijang Lelaki), lompat tinggi wanita dan pasukan 4 x 400m lelaki.

Manakala Klang dengan Angie Tan Yen (lompat kijang wanita), Fariz Hazim Jamaludin (lempar cakera lelaki), Norhashimah Mohd Sharif (lempar cakera wanita), Joeyne Ong (400m wanita) dan pasukan 4 x 400m wanita memenangi lima emas.

Amirul Hakim Yusri (400m lelaki) dan Yip Wan Ni (400m lari berpagar wanita) menambah dua emas untuk Gombak.

Dua pelari jarak jauh Hulu Selangor, M Govinda (10,000m lelaki) dan A Manissha (1,500m wanita) cemerlang dalam acara masing-masing menghadiahkan dua emas untuk daerah berkenaan.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.