Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Bawa Anwar keluar atau pegawai JAIS masuk penjara

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 SEP: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat aduan qazafnya sendiri.

Beliau berkata, sehingga kini permohonan Anwar untuk keluar penjara dan memfailkan aduan qazaf terhadap peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditolak.

IMG_20150903_124045Katanya, beliau terpaksa hadir untuk mewakili suaminya bagi memfailkan afidavit disebabkan kekangan terbabit.

“Sepatutnya pengadu, iaitu Anwar diberikan peluang membela diri dan memberi keterangan secara terus kerana afidavit ini daripada beliau.

“Kin,i terpulang sama ada JAIS dan mahkamah mahu membawa Anwar keluar atau sekurang-kurangnya pegawai JAIS boleh masuk ke dalam penjara mengambil keterangan daripadanya,” katanya.

Terdahulu, Wan Azizah ditemani peguam Fadhlina Siddiq hadir ke JAIS dan memberikan keterangan afidavit aduan qazaf mewakili suaminya.

Pada 17 Februari lalu, Muhammad Shafee dalam satu forum di Kelana Jaya menjelaskan secara terperinci bagaimana Anwar meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

IMG_20150903_102500Sehubungan itu, Wan Azizah memfailkan qazaf supaya Shafee disiasat kerana menuduh Anwar meliwat tanpa mengemukakan empat saksi, pada 26 Jun lalu.

Ia adalah satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan sabitan salah meliwat Saiful.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.