Categories
NASIONAL

Akhiri derita, tukar kerajaan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 15 OKT: Penderitaan bertubi-tubi ‘dihadiahkan’ Barisan Nasional (BN) kepada rakyat perlu diakhiri dengan menukar pemerintahan baru.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, berkata kepincangan BN dalam pengurusan dana awam semakin menjejaskan kedudukan kewangan negara dan kesejahteraan rakyat.

hasbullah gombak setia 16 mei 01Katanya, rakyat semakin menderita apabila terpaksa menanggung amalan ketirisan kerajaan yang tidak menunjukkan tanda ia akan berakhir.

“Rakyat derita, perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) dapat derma. Rakyat terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk sara hidup tetapi wang negara disapu peniaga yang menipu.

“Ayuh rakyat! Raja-raja sudah bertitah, negarawan sudah mengarah, segala pincang sudah terdedah. Akhiri derita kita, tukar kerajaan BN,” katanya dalam satu paparan di Facebook.

Pada masa sama, Hasbullah berkata slogan rakyat didahulukan yang sering dilaungkan BN juga palsu dan lebih sesuai digantikan dengan ‘rakyat dideritakan’.

barang naik copy1Beliau berkata, rakyat juga perlu lebih bijak berfikir supaya tidak lagi terpedaya dengan gula-gula dan janji manis BN ketika pilihan raya.

“Turun minyak 10 sen, naik 20 sen, kemudian diberinya Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Tol naik, tambang pengangkutan awam juga akan naik. Tunggulah harga barang pula nak naik ni,” katanya.

Mulai hari ini, sebilangan besar pengguna jalan raya di Lembah Klang perlu menjelaskan bayaran tol pada kadar baru yang disifatkan tidak munasabah.

Ia berikutan lebih 10 syarikat konsesi lebuh raya mengumumkan pertambahan kadar tol antara 10 sen dan RM6 iaitu kira-kira 80 peratus kenaikan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.