Categories
SELANGOR

Betulkan dulu salah Umno

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 6 OKT : Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar disaran menyelesaikan salah laku Umno di Selangor terlebih dahulu sebelum mencampuri sebarang isu di negeri itu.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei, berkata kenyataan itu merujuk kepada tindakan Umno Selangor yang sering menjadikan sekolah sebagai medan politik mereka.

Katanya, tindakan berkenaan bukan sahaja tidak wajar, bahkan menunjukkan politik murahan parti itu.

yb shuhaimi“Hentikan segera menjemput dan membenarkan Ketua Umno Bahagian masuk ke sekolah.

“Tidak wajar golongan pendidik dipaksa mendengar celoteh wakil rakyat Umno dan mengugut mereka yang memberikan ruang kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat (Pakatan),” katanya kepada Selangor Kini.

Adun Sri Muda itu turut meminta supaya Noh menjadi ‘ketam yang berjalan lurus’ sebelum memberi tunjuk ajar kepada orang lain.

“Selepas Noh bantu betulkan (salah laku) itu, barulah dia layak nak komplen kelemahan orang lain,” katanya.

Terdahulu, Noh yang juga Pengerusi Umno Selangor meminta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan Selangor Kini yang didakwa menjadi alat propaganda politik parti.

Beliau juga mendesak Kerajaan Negeri supaya menghentikan penyalahgunaan masjid sebagai tempat berpolitik.

Bagaimanapun, Umno Selangor didapati terdesak menggunakan premis institusi pendidikan untuk menyampaikan agenda politik mereka.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.