Categories
NASIONAL

Dewan Rakyat tolak usul Akta Hasutan dibahas

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin mempersoalkan tindakan Dewan Rakyat menolak isu Akta Hasutan 1948 daripada dibahaskan.

Beliau berkata, tindakan terbabit jelas membelakangkan hak asasi rakyat bersuara seperti mana termaktub dalam perlembagaan.

Katanya, pendakwaan meningkat menggunakan akta terbabit adalah usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghalang kebangkitan rakyat yang kini tidak berpuas hati terhadap kepimpinannya.

SHAMSUL ISKANDAR“Berlaku peningkatan lebih 1,000 peratus berhubung pendakwaan terhadap kes ini. Sebab itu saya dan beberapa Ahli Parlimen perkara ini dibahaskan tetapi ditolak.

“Saya tetap berharap ia dapat dibahaskan ketika perbahasan bajet nanti,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Naib Presiden PKR itu berharap Perdana Menteri menunaikan janji beliau sebelum ini untuk memansuhkan akta itu selari dengan slogan janji ditepati.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam surat balasannya kepada Shamsul menyatakan pemansuhan akta terbabit perlu dibuat melalui proses undang-undang dan mematuhi kehendak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.