Categories
SELANGOR

Jelajah seluruh negara, tingkat kefahaman mahasiswa Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 OKT: Kerajaan Negeri berhasrat memperbanyakkan program ramah mesra bersama mahasiswa Selangor yang belajar di luar negeri itu.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata program itu membolehkan agenda Kerajaan Negeri disampaikan kepada golongan muda di perantauan.

amirudin shariKatanya, usaha itu juga dapat memastikan golongan yang berada di luar Selangor tidak ketinggalan dalam program anjuran Kerajaan Negeri.

“Saya berhasrat meneruskan jelajah seumpama ini bagi menemui mahasiswa Selangor di perantauan dan menyampaikan perkembangan negeri supaya mereka tahu penambahbaikan dibuat khusus untuk generasi muda.

“Antaranya termasuk dalam bidang keusahawanan dan kebudayaan iaitu portfolio di bawah kelolaan juga pengurusan saya,” katanya melalui status yang dimuat naik di laman Facebook.

Terdahulu, beliau hadir ke program Hi-Tea Mahasiswa Selangor di Kelantan bersama 100 anak muda yang dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Anak Muda Kelantan serta Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan.

perkahwinan belia1Amirudin yang juga Pengurus Pasukan Selangor berkata, beberapa penerangan turut disampaikan berkenaan 10 Dasar Belia Selangor termasuk program insentif anak muda seperti Program Hadiah Masuk Universiti, Insentif Perkahwinan Belia serta Biasiswa Kerajaan Negeri.

Beliau dalam kunjungan ke Kelantan bagi menyaksikan perlawanan peringkat Kumpulan C antara Selangor dengan Kelantan yang menyaksikan Red Giants menewaskan The Red Warriors 1-0 malam tadi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.