Categories
SELANGOR

Kerajaan yakin perjanjian air Selangor selesai 15 Oktober ini

SHAH ALAM 5 OKT: Kerajaan Persekutuan optimis usaha pengambilalihan aset Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) selesai seperti dijadualkan pada 15 Oktokber ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha), Datuk Loo Took Gee, berkata proses itu turut berjalan lancar seperti dirancang dengan beberapa prosedur perlu diteliti sebelum dapat diselesaikan.

“Tiada isu (yang berbangkit)…kita sudah memeterai perjanjian tambahan. Semuanya berjalan lancar sekarang dan apa yang kita perlukan adalah supaya kerajaan Selangor mengemukakan aset itu seperti dilakukan sebelum ini.

airbaru“Semua langkah perlu diambil dan perkara berikutnya adalah untuk kerajaan Selangor mengambilalih operasi.

“Tidak wujud sebarang masalah, bahkan wang berkenaan sudah diserahkan kepada individu berkenaan dan pembayaran akan dibuat sebaik semua aset itu dikemukakan,” katanya dipetik BERNAMA.

Pada 3 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata PNHB dan Air Selangor sedang berbincang menyelesaikan beberapa isu teknikal membabitkan pengambilalihan syarikat itu dan percaya ia dapat diselesaikan mengikut tarikh dipersetujui.

Pada 14 September lalu, Lembaga Pengarah PNHB bersetuju melanjutkan tempoh pengambilalihan buat kali kelapan, selama sebulan bermula 14 September sehingga 15 Oktober ini bagi membolehkan Air Selangor memenuhi syarat terdahulu di bawah perjanjian jual beli bersyarat bertarikh 11 November 2014.

Loo berkata, usaha itu memakan masa berikutan ada beberapa prosedur yang perlu diteliti.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.