Categories
SELANGOR

Le Tour Exco jelajah 12 PBT

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 10 OKT: Program Jelajah Exco (Exco Le Tour) bakal singgah di kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata ianya dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

12106729_1014001345309095_1952910796476271281_nKatanya, kedua-dua PBT berkenaan diangkat sebagai Kota Seni dan mempunyai sekretariat khas bagi menjalankan aktiviti berkaitan.

“Kita mahukan pembangunan bukan sahaja dicapai secara fizikal dan material di Selangor tetapi meliputi aspek penting lain seperti keagamaan, kebudayaan dan moral.

“Perkara seperti ini seharusnya menjadi teras supaya kita tidak hilang jati diri,” katanya di hadapan lebih 100 hadirin.

Beliau berkata demikian dalam majlis Exco Le Tour di Dataran Boulevard di sini pagi ini, yang turut dihadiri Datuk Bandar, Mohd Azizi Mohd Zain.

MBPJMengulas pemilihan MBPJ sebagai Kota Seni, Amirudin berkata pemilihan itu sesuai dengan fasiliti dan sifat semulajadi Pusat Bandar Seksyen 52.

“Di sini kita bukan sahaja mempunyai landskap serta laman yang cantik tetapi turut dilengkapi aspek lain seperti kewujudan sedia ada pelbagai galeri seni dan lukisan, panggung wayang dan sebagainya.

“Ini bukan sahaja menjadi tarikan kepada penggiat seni dan budaya tetapi mampu memberi sumbangan kepada sektor pelancongan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.