Categories
NASIONAL

Malaysia mampu atasi Brunei jika sumber alam diurus baik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 OKT: Malaysia mampu memberi kebajikan kepada rakyat sama seperti apa ditawarkan Kerajaan Brunei kepada rakyatnya jika sumber kekayaan diuruskan baik.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata hal itu negara mempunyai kepelbagaian sumber hasil sejak dahulu lagi berbanding Brunei.

pc dr daroyah 2“Barisan Nasional (BN) dah berpuluh tahun memerintah sejak merdeka tetapimasih gagal dan tiada iltizam mahu bantu rakyat. Mungkin kedudukan politik mereka terlalu selesa.

“Sekarang baru nampak sedikit perubahan setelah Pakatan Rakyat menawan Selangor. Itu pun mereka cedok idea dari Kerajaan Negeri,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, kerajaan memerlukan pemimpin beriltizam tinggi untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukan mementingkan kepentingan peribadi dan kroni.

“Di Malaysia, rakyat kena tanggung beban ekonomi untuk kesenangan pemimpin. Tak cukup dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), naik pula harga petrol dan tol disusuli harga barang.

“Kesannya dapat gaji habis, malahan ramai yang negatif. Macam mana rakyat nak harungi hidup begini. Harga rumah mahal, sara hidup tinggi,” katanya.

Selain memiliki hasil minyak dan gas, Malaysia sebelum ini merupakan pengeluar utama bijih timah di pasaran dunia sehinggalah menjelang dekad 80’an.

Ketika era kemuncaknya, bijih timah turut menjadi salah satu hasil eksport utama negara ke pasaran antarabangsa.

Selain mengeksport timah, negara turut merupakan pengeksport utama minyak kelapa sawit dan getah sehingga sekarang.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.