Categories
NASIONAL

Mana janji Kerajaan Persekutuan mahu turun harga kereta?

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 OKT: Susulan kejatuhan nilai ringgit yang bagaikan tiada penghujung, beberapa syarikat pengeluar kereta terkemuka dunia terpaksa menaikkan harga mulai tahun depan.

UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota), pengedar kereta Toyota di Malaysia antara syarikat terawal yang mengumumkan kenaikan harga bagi semua model kenderaannya.

Turun-Harga-KeretaPerubahan harga itu bakal melibatkan kenaikan antara empat hingga 16 peratus bermula Januari 2016, disebabkan kemerosotan nilai ringgit.

Syarikat itu berkata, sepanjang tahun ini sahaja kadar ringgit menyusut melebihi 20 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekali gus meningkatkan kos operasi UMW Toyota.

Terbaru, Honda Malaysia mengesahkan berlaku peningkatan harga kenderaannya antara dua ke tiga peratus atas alasan sama.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kelemahan nilai ringgit melonjakkan kos pengeluarannya dan akan mengeluarkan senarai harga baharu pada Disember ini.

Namun, Honda Malaysia dijangka akan menilai semula struktur harga yang ditawarkan jika nilai ringgit kembali pulih.

Semalam, Ketua Angkatan Muda Keadilan , Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa Kerajaan Persekutuan menghentikan dasarnya untuk mengurangkan harga kereta seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya 2013.

Katanya tidak seperti pembangkang yang mencadangkan pengurangan harga kereta secara beransur-ansur dengan menghapuskan cukai eksais yang terlalu tinggi, Barisan Nasional (BN) mencadangkan untuk berbuat demikian melalui “kuasa pasaran”.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.