Categories
NASIONAL

Pengerusi PAC patut siasat skandal 1MDB bukan ahli PAC

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Ariffin (BN) memulakan tugas barunya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan langkah sumbang berikutan kenyataannya semalam mahu menyiasat Ahli Jawatankuasa PAC sendiri.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (DAP), berkata Hasan sepatutnya mendahulukan siasatan terhadap skandal 1MDB yang terhenti sejak Datuk Nur Jazlan Mohamed melepaskan jawatan Pengerusi PAC.

Najib-1MDB“Saya tak faham kenapa Datuk Hasan dalam kenyataan pertamanya sebagai Pengerusi PAC dia nak tumpukan siasatan kepada kedudukan Petaling Jaya Utara yang juga ahli PAC.

“Bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan menyatakan ahli PAC tidak terlibat dalam apa-apa perkara tidak kena dalam PAC atau membocorkan maklumat.

“Jangan mulakan tugas dengan membuat siasatan bukan-bukan tetapi siasat 1MDB, bukan siasat Tony Pua kerana rakyat mahu jawapan mengenai 1MDB, bukan mempersoalkan Tony Pua,” kata Guan Eng pada sidang medianya di lobi Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Kata Guan Eng, kenyataan Hasan seolah-olah menggambarkan ‘ada udang di sebalik batu’.

“Hasan jangan cuba alih perhatian dengan menyalahkan Tony Pua pula,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.