Categories
SELANGOR

Prasarana setuju ubah jajaran LRT3 demi penduduk

SHAH ALAM, 20 OKT: Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) bersetuju untuk mengubah laluan bagi jajaran Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Johan Setia di Klang seperti didesak penduduk Taman Muhibah.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata laluan LRT3 yang sebelum ini dirancang melalui kawasan perumahan itu diubah laluannya ke Pasar Besar Klang di Jalan Meru.

lrt“Dengan perubahan ini, jajaran LRT3 tidak lagi melintasi kawasan perumahan berkenaan dan perubahan jajaran juga tidak melibatkan sebarang pengambilalihan hartanah.

“Malah stesen yang awalnya dirancang dibina bersebelahan SMK Tinggi Klang turut ditukar ke sebelah pasar,” katanya dipetik Bernama.

Mengikut perancangan awal, sebanyak 12 unit rumah dan lapan unit rumah kedai di Taman Muhibah akan diambil alih dan dirobohkan bagi membina jajaran itu sepanjang 35 kilometer yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 31 Ogos 2020.

Projek itu merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam darat yang cekap, berkesan, bersepadu dan mapan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan kualiti hidup rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.