Categories
NASIONAL

Rafizi: Belanjawan 2016 terburuk, Najib tutup isu utama

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Belanjawan 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianggap terburuk yang pernah disaksikan Rafizi Ramli sejak beliau memenangi kerusi Parlimen Pandan.

Kata beliau, ini kerana tindakan Najib menutup mata terhadap isu pokok yang perlu diselesaikan memburukkan lagi kesan kelembapan ekonomi yang sedang melanda negara.

yb rafizi parlimen“Selagi Najib Perdana Menteri, saya tak berpuas hati dengan belanjawan kerana apa yang paling penting ialah apakah mudarat paling besar kepada rakyat dan negara contohnya GST apabila selagi dikekalkan kita tak perlu bercakap tentang RM50 di sana, RM60 di sini.

“Kita kena cari penyelesaian paling penting bagi mengatasi mudarat paling besar contohnya bukan sahaja tiada penyelesaian GST, malahan GST ditingkatkan untuk membayar perbelanjaan kerana hasil berkurangan tahun depan.

“Isu mudarat paling besar langsung tak disentuh seperti 1MDB, GST sedangkan 1MDB membawa mudarat kepada hilangnya keyakinan pelabur kepada ekonomi kita sebab itulah belanja bayar hutang naik, kadar matawang turun, harga barang naik,” kata Rafizi.

BAJET 2016Rafizi berkata demikian di Lobi Parlimen sejurus Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2016 di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, Najib juga berpura-pura memahami tekanan kos sara yang terpaksa dihadapi rakyat tetapi pada masa sama menafikan kegagalan beliau menguruskan ekonomi negara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.