Categories
SELANGOR

Tol naik: Anina bidas Noh tak usah perbodoh rakyat

SHAH ALAM 17 OKT: Bekas ahli Wanita Umno, Anina Saadudin membidas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar agar tidak memperbodohkan rakyat dalam isu kenaikan harga tol di Lembah Klang.

Anina memberikan peringatan itu apabila Noh menyalahkan Kerajaan Selangor sebagai punca kenaikan harga tol.

TOL LEBUHRAYASebelum ini, Noh meminta Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memulangkan segala keuntungan dari saham 30 peratus yang dimiliki dalam dua syarikat lebuh raya kepada rakyat.

Anina berkata, Kerajaan Persekutuan dibawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang sepatutnya dipersalahkan kerana membenarkan kenaikan kadar tol itu.

“Punca sebenar kenaikan kadar tol kerana Putrajaya mengambil keputusan menghentikan bayaran konsesi sepatutnya dibayar Kerajaan Persekutuan kepada syarikat pengendali lebuh raya.

Demo Bantah Tol di LDP Puchong (3)“Rakyat juga perlu tahu lebuh raya melibatkan pegangan saham 30 peratus anak syarikat kerajaan Selangor hanya KESAS dan SPRINT (yang terlibat dalam kenaikan kadar tol),” kata Anina dipetik di laman Facebooknya, hari ini.

Anina mengingatkan Noh supaya tidak terlalu melampau bermain politik dan menuding jari kepada pihak lain.

“Shah Alam tidak pernah menjanjikan 30 peratus saham anak syarikatnya kepada rakyat tetapi Putrajaya sememangnya mencanangkan kutipan GST dipulangkan kepada rakyat.

“Saya penyokong BN, tetapi saya tidak menyokong sebarang bentuk pembohongan kepada rakyat. Pengundi BN adalah rakyat. Tidak salah jika saya meminta Putrajaya memulangkan hak rakyat kepada rakyat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.