Categories
SELANGOR

UNISEL juara ping pong IPT

SHAH ALAM, 17 OKT : Universiti Selangor (UNISEL) menempa nama selaku juara dalam Kejohanan Ping Pong Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sirkit 2 2015, baru-baru ini.

Kejayaan itu diperoleh menerusi Pelajar Fakulti Perniagaan, Mohamad Hasri Fikri Mohamad Taufik yang berjaya layak ke separuh akhir pada sirkit 1 sebelum merangkul kejuaraan perseorangan lelaki.

UNISEL PING PONGPengurus pasukan, Mohd Anuar Husin percaya UNISEL dapat mengekalkan kejuaraan pada Sukan IPT (SUKIPT) 2016 yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

“Ini petanda baik kerana walaupun baru pertama kali menyertai kita sudah bergelar juara.

“Kita harap kejuaraan ini dapat dikekalkan di dalam SUKIPT,” katanya.

Menyifatkan kemenangan itu sebagai pembakar semangat, Mohd Anuar berharap pelajar lain turut sama berjuang mengharumkan nama UNISEL di dalam bidang sukan.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.