Categories
SELANGOR

Yuran murah pikat pelajar pilih UNISEL

SHAH ALAM, 16 OKT : Yuran pengajian murah terus menjadi daya penarik kepada kemasukan pelajar ke Universiti Selangor (Unisel) untuk menyambung pengajian mereka.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pelajar baru pengambilan Oktober, Muhamad Amri Putra Safhee, 19, dengan menyifatkan yuran pengajian di univerisiti swasta itu juga setimpal dengan kemudahan fasiliti ditawarkan.

AMRI“Hostel yang ada juga menarik dan cantik dengan kemudahan terbaik walaupun yuran yang dikenakan murah,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi Rohaya Abdul Malik, 20, selain yakin dengan reputasi Unisel.

Katanya, lokasi Kampus Bestari Jaya yang terletak jauh dari bandar juga menguatkan lagi keputusannya untuk meneruskan pengajian di Unisel.

ROHAYA“Ramai kenalan saya cakap belajar di sini seronok kerana terletak di kawasan luar bandar.

“Saya harap dapat belajar bersungguh-sungguh demi berjaya,” katanya.

Keyakinan golongan pelajar memilih Unisel untuk melanjutkan pelajaran meningkat apabila seramai 11,300 pelajar termasuk pelajar antarabangsa mendaftar di institusi itu setakat Julai lalu.

Kampus Unisel dan Bestari Jaya mampu menampung kapasiti sehingga 14,000 pelajar.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.