Categories
SELANGOR

Bersihkan semua parit, air pasang besar 24 November

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 NOV: Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abu Talib mengarahkan semua parit dan tali air dibersih juga diselenggarakan bagi memastikan aliran keluar air lancar.

Katanya, hal itu ekoran air pasang besar di perairan Kuala Selangor dijangka berlaku, pada 24 November ini.

Malah, beliau berkata ia bertambah buruk apabila kadar hujan yang tinggi dijangka memburukkan lagi situasi banjir di daerah itu.

ZAIDY“Kami turut menjangkakan cuaca hujan lebat akan berterusan buat beberapa ketika,” katanya.

Zaidy turut meminta pemaju perumahan di sekitar daerah itu memastikan keadaan parit di kawasan tapak pembinaan masing-masing diselenggara dengan betul.

Zaidi juga menasihati orang ramai supaya menjaga kebersihan kawasan masing-masing kerana banjir kilat terjadi disebabkan parit tersumbat.

Lewat petang semalam, seramai 163 mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pada 18 November lalu, Majlis Keselamatan Negara mengisytiharkan banjir di daerah itu pada tahap satu ekoran mangsa banjir yang terbabit melebihi 400 orang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.