Categories
NASIONAL

Debat 1MDB : Rafizi ganti Pua, tiada jalan lain buat Arul kecuali debat

SHAH ALAM, 5 NOV : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk ke gelanggang debat berdepan Presiden 1 Malaysian Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berhubung skandal syarikat sarat hutang itu.

Perkara itu diumumkan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke di lobi Parlimen hari ini.

ANTHONY LOKE“Sebagai menghormati keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Pua tidak akan berdebat dengan Arul Kanda. Rafizi akan gantikan Pua,” lapor Malaysia Kini

Sementara itu, Rafizi berharap debat itu diadakan pada kadar segera dan menegaskan bahawa Arul tidak mempunyai jalan keluar kecuali berdepan dengannya dalam perbahasan.

Katanya, Pua yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjadi jurulatihnya untuk debat itu.

“Kegagalan berbuat demikian bermakna 1MDB mempunyai banyak rahsia yang cuba disembunyikan dan wujudnya komplot bagi menyingkirkan Pua dari PAC,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.