Categories
SELANGOR

FESMAS erat organisasi sukan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM 8 NOV: Festival Sukan Malaysia (FESMAS) mengeratkan hubungan silaturahim diantara negeri serta semua organisasi sukan, pegawai dan semua yang terlibat dalam sukan Malaysia.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pada tahun ini Selangor diberi tanggunjawab menjadi tuan rumah untuk menjadi badan penganjur kejohanan berprestij berkenaan kali ke-13.

FESMAS“Diharap majlis seperti penganjuran ini mengeratkan lagi hubungan silaturrahim selaku badan induk sukan d iperingkat negeri bersama dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) selaku badan sukan di peringkat Nasionbal.

“Festival ini dianjurkan bukan mengejar kemenangan semata-mata tetapi untuk meningkatkan kerjasama antara ahli pegawai yang menjadi penggerak utama pembangunan sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Makan Malam Sempena Festival Sukan Majlis Negeri-Negeri Malaysia Ke 13 (FESMAS XIII) 2015 bertempat di Grand Ballroom Hotel De Palma, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, FESMAS merupakan Festival Sukan Majlis Sukan Negeri-Negeri SeMalaysia yang dianjurkan setiap tahun dan dikendalikan oleh Majlis Sukan setiap negeri secara bergilir-gilir.

Ia merupakan acara sukan yang disertai oleh Pegawai dan Kakitangan Majlis Sukan.

Kejohanan itu diadakan bagi merapatkan hubungan antara pegawai dan kakitangan, membentuk semangat berpasukan dan menggalakan aktiviti sukan didalam Majlis Sukan.

Tahun ini sebanyak tujuh acara sukan dipertandingkan iaitu ping pong, dart, karom, boling padang, tenpin bowling, bola tampar dan golf (VIP).

Perak berjaya menjadi johan dengan merangkul empat pingat emas dalam pertandingan ping pong, dart, boling padang dan tenpin bowling.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Exco Sukan bersama-sama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negeri Malaysia, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.