Categories
NASIONAL

KEADILAN Sabah yakin gagasan politik baru terbentuk

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 NOV: KEADILAN Sabah menyambut baik kesediaan Pakatan Harapan (Pakatan) menjalin hubungan kerjasama dengan parti politik di negeri itu dan Sarawak bagi membentuk gagasan politik baharu untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Pengerusi KEADILAN Sabah, Datuk Lajim Ukin, berkata ia satu cadangan baik daripada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerana selama ini suara rakyat dua negeri itu dinafikan Kerajaan Persekutuan.

Lajim Sabah“Ia memang jelas walaupun parti mereka (parti komponen BN) mempunyai Presiden dan pemimpin lain tetapi akhirnya mereka akan tunduk kepada keputusan dibuat.

“Walaupun terdapat pemimpin mereka bertindak sebagai Naib Presiden BN tetapi suara mereka tidak diberikan perhatian menyeluruh,” katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui dalam Kongres Nasional Tahunan Ke-11 KEADILAN di sini, hari ini.

Beliau berkata, hanya kebelakangan ini Umno-BN memberikan lebih perhatian negeri di Malaysia Timur itu ekoran kedudukannya kini tidak sekuat dahulu.

“Saya mengharapkan parti tempatan yang mempunyai matlamat sama bagi menuntut hak lebih baik bersama dengan menyertai kita.

“Ini kerana apabila tiba masa kita memerintah tidak perlu lagi ternati-nanti atau menyalak bagi meminta otomoni atau kuasa kerana ia sudah termaktub dalam perjanjian dan perlembagaan,” katanya.

WAWI KONGRESSemalam, Wan Azizah berkata, Pakatan bersedia bekerjasama dengan parti politik di Sabah dan Sarawak bagi membentuk gagasan politik baharu demi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri itu pada masa depan.

“Itu cadangan kita kerana apa dilihat mereka mempunyai wakil melakukan perubahan dan ia boleh dilakukan sama ada melalui Pakatan atau BN kerana mereka kata mereka bebas.

“Tetapi sekarang ini kita lihat bila bersama BN, ia tidak memenuhi janji,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.